THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, August 31, 2009

Merdeka..merdeka..merdeka...



Salam Kemerdekaan ke-52
Alhamdulillah kita masih lagi bernafas dibumi yg tercinta ini..Genablah 52 tahun negara Malaysia bebas daripada penjajah, kita bebas bersuara, bebas membentuk dan memerintah negara kita mengikut undang2 yg ditetapkan namun adakah kita sebagai rakyat Malaysia telah memerdekaan jiwa n diri kita sendiri?? Menjelang detik2 kemerdekaan berjuta rakyat malaysia melaungkan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!menandakan negara kita telah mencapai kemerdekaan. Namun jangan pula dilupakan kepada pejuang2 yang telah berkorban dan berjasa kepada negara..tanpa pejuang2 tersebut tidak mungkin kita mencapai dan menikmati kemerdekaan ini. Sama2 lah kita membaca surah Al-Fatihah kepada pejuang2 negara yang telah terkorban dalam mendapatkan kemerdekaan negara ini..Selamat menyambut kemerdekaan ke-52 kepada semua teman2 dan rakyat Malaysia...1 Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.

Wednesday, August 26, 2009

Erti Ramadhan bagiku....



Ramadhan pada aku..

1. Dalam bulan ramadhan aku lebih banyak bermuhasabah diri dari makan di siang hari.
2. Bulan tidak dibenarkan korek hidung..
3. Aku selalu tak dapat berbuka puasa bersama keluarga bila datang 1 ramadhan.. Selalunya kerana tak dapat cuti..termasukla 1 Ramadhan tahun ni
4. Bila ramadhan tiba aku selalu berazam untuk jimat duit supaya boleh beli bunga api n mercun..2 zaman kanak2 rebina la hehhehehe..
5. Bila dah abis duit beli mercun, datang bulan Syawal aku pun round la 1 kampung untuk pungut duit kembali hehhehehehe...
6. Bila dah kurus di bulan puasa, gemokkan kembali di bulan Syawal..huh..apekah kesyaitonan ini?!
7. Berbuka puasa dengan member atau berbuka dengan keluarga lagi best? Bagi aku kedua-dua ada kelebihan tersendiri..
Hakikat Ramadhan cukup besar bagi aku..tak perlu la aku bgtau satu persatu dari fadhilat berpuasa hinggalah kepada malam lailatul qadar..semuanya korang dah tahu kan.. selamat berpuasa ye kepada semua
P/s: Nape sambutan merdeka tahun ni tak meriah ye?
P/s: Apakata korang kasi pendapat pasal ramadhan korang lak..ok?

Thursday, August 20, 2009

At Cameron highlands...

S.A.L.A.M
weehhoooo....hari tue iela berkesempatan pegi cameron highlands...iela pegi dgn kak jasz,kak zue n linda...bertolak pagi dalam kul 7..pas2 sampai sana dlm kul 10pg..smpai je kitaorg terus g survey hotel kat sana..hampir 1 jam juga la baru dpt wat pilihan..bknnye jauh pun hotel2 kat situ..tp nk cari yg paling best la konon..hehehhe lastly ktorg choose pilih Smokehouse hotel tp syg dh full..so pilihan ke2 hotel Casa De La Rosa..mmng best la hotel 2 hrga pun ok la...bilik tuk 3 org tapi ktorg hentam dok 4org..harga 1 hari RM493 termasuk bfast..pas check in je kitorg rest jap..kul 1 baru kuar cari kedai mkn..lapar sgt2 sbb masing2 tak bfast..hehehhe kitaorg mkn dkt tanah rata town..bleh tahan la sedap..lpas je knyang mula g jln2..fist place yg kitorg pegi healty stawbery farm..teruja gak la tgk stwbery ktorg beli la 1 kotak utk try...mmng manis n lazat...k la tgk jela gmbr2 kat bawah ni...hehehhehe

Ni la Hotel Casa De La Rosa

Ni kat Big Red Stawbery farm..nyum2 lazat stawbery nie...



2 jew gmbr yg smpat iela upload..sebenarnya banyk hehehhehe..iela brtolak balik hari ahad malam..perjalanan balik mmng seram..gelap sangat pas2 xde lampu,maklum la atas bukit kan..nextime kalu pegi lg xnak balik malam dah..huhuhuhu takootttt

Wednesday, August 19, 2009

Renungan Bersama...

Tertarik dgn satu artikel ni,so iela kongsikan untuk renungan bersama...

Jangan terlalu mencari kesempurnaan...
Jika kamu memancing ikan. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang. Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja. Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. MENGASIHIMU. Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:

"Jadilah engkau!". Maka ia terus menjadi.

Monday, August 17, 2009

Sory.. :(

Sory..jgn marah or majuk lg....
yela kalu iela ada salah maafkan ea..
whatever pun lagu2 dlm playlist 2 best..
Thanks ea..
jgn majuk2 lg..nnt muka buruk..
bila buruk xcomel..bila xcomel xencem..
bila xensem msti xmacho..hehhehehe
so senyum2 slaloo..bru manis cam gula..
tp jgn terlebih manis nnt kena kencing manis lak..
hehehhehe gurau je la..
sory ea En.(N)

Monday, August 10, 2009

Thanks Linda....

Thanks linda...xthu nk ckp pe..whatever pun iela suka dgn hadiah 2..thanks a lot...wlaupun birthday dh lame lepas tp linda ttap tunaikan janji dia...ermm..linda kasi hadiah birthday ke-23thn tuk iela..nk thu ape hadiah linda tuk iela??tgk la kat bwah nnt...kalu linda baca ni..iela nk ucap thanks so much n love u my beloved frenz..hadiah awk nnt sy kasi ea..tungguuuuuu....

Wednesday, August 5, 2009

At Jln Gasing...


S.A.L.A.M
Semalam iela citer pasal konvoi..arini nk citer pasal ujung minggu iela...hehehhe iela,k.jas,kak zue n linda memghabiskan masa kat bukit gasing..ingtkan kat situ xde yg menarik..ade rupanya..ada monyet..banyak lak 2..dah la jinak..seronok tol..tp yg xbestnya kitorg g xbawa mkanan..hehehhe tp nsib baik la da maruku n air..hemtap jela...hahahaha nsib baik monyet 2 xmemilih,pedas pun pedas la...hehehhehe pas abis maruku 2 kitorg kasi air jambu,air tembikai n air mineral..hehehhehe ni tgok aksi2 monyet ni..tgk la kat atas 2...hehhehehhe

Konvoi Ke Kebun Durian-part 2

Weehhooo...nk share pic pegi konvoi ari 2...






Tuesday, August 4, 2009

Konvoi ke Kebun Durian...

Salam...ni citer lama...lupa nk update...hehehhehe ari2 iela da join konvoi kakak sepupu g kebun durian..besttt dpt ramai kawan baru..hehehehe yg join 49 buah keta,dan 152org...ramai n meriah...yg bestnya ada game n semua kena menari chiken dance beramai2..dh ramai biase la ada yg xwat pu..just tuk fun ja...sampai2 je pokok rambutan n pulasan la dibelasah dulu..tp xbestnya pulasan xberapa masak...rambutan lak da rambutan kuning je..rambutan merah xde kat kwasan 2..kalu nk kna masuk dalam cikit..hehehhe tp yg penting durian sedapppp...puas makan durian...lg2 makan ramai2..nyum..nyum...hehehhehe..
k la iela nak balik dlu..esok kalu free iela update pic konvoi lak k...tata take care tau..