Weeehooo...
Happy besday 2 kak zue n kak jasz..
Kek buatan tngan sendiri 2..
hehehhehe..
kek diberi nama kek xboleh blah..(kek putih+hijau)khas tuk kak zue lg 1 lak kek tragedi air mata (pink) khas tuk kak jasz..nama2 kek 2 ada cerita disebaliknya..hanya yg buat kek 2 je thu..hahahhaha
ni la bhn2 tuk wat kek tak boleh blah..hahhahahha
ini la hasilnya..hehehhee
ni lak kek tragedi air mata khas tuk kak jas..
2 kak zue n kak jasz happy besday..Smoga cepat jmpa jodoh masing2 k..
Wednesday, November 4, 2009
Special cake for 2 sister..Happy birthday
Posted by iela' at 9:12 AM 0 comments
Friday, October 23, 2009
Penantian
Penantian
Rintih hujan mengatur jendela
Seakan bertanyakan berita
Apa khabar dirimu disana
Semoga kau sentiasa bahagia
Bintang temanilah aku
Terangilah gelap malamku
Hanya satu yg ku pinta moga engkau tahu
Ku kan selalu menunggu mu
Setiap bayu yang menghembus ke pipi
Seakan sentuhan jemarimu
Apakah kau jua begitu
Menanti dengan penuh kesetiaan
Dengarkanlah degupan jantungku
Dikala ku menyebut namamu
Hatiku berdebar ingin ku selami
Apakah disebalik degupan itu
Kutitipkan rinduku bersama bayu senja
Kulayarkan cintaku dibalik cahaya suria
Bahagia kiranya kau berada disisiku
Hanya kau yang selalu ku rindui
Posted by iela' at 10:28 AM 0 comments
Sunday, October 18, 2009
Mencari ketenangan...
Semalam
Aku berlari mengejar sesuatu yg tak pasti..
demi untuk meninggalkan sekeping hati
di atas belukar ini
lantas
Aku pacakkan di situ
sebagai tanda " inilah kehidupanku "
Hari ini
Ku kunjungi lagi belukar itu
untuk aku pastikan
sekeping hati ini dapat mencari ketenangan diri
masihkah ia kekal disitu...
Esok
Esok dan esok..
Adakah aku dapat mencari..
mencari sekeping hati yang dipenuhi dengan ketenangan??
akan ku kunjungi belukar itu lagi
agar sekeping hati ini tidak dibawa pergi oleh kekecewaan..
biarlah belukar itu menjadi belukar ketenangan buatku..
Sekian..
kebosanan melanda dijiwa..hehehheheh
Posted by iela' at 12:41 PM 1 comments
Monday, October 5, 2009
So SAD...
ERMMMMMMM...
rasanya lame xupdate blog ni..
bkn xnk update tp mood xde kot..entah la..
bnyk yg berlaku dlm idup ni kan...ada yg best..sedih..kebetulan n whtever la..
tp 2 semua ketentuan ilahi..kita sebagai umatnya kena la terima ujian ni dgn tenang walaupun kdng2 melatah la jua..hehehhe biase la insan biase kan...xlari dr kesilapan..
11 Sept 2009 pd jam 9.30pg Boboy dh xde..sedih sgt..xdinafikan la mmng sunyi umah tanpa boboy..xdengar lg suara boboy bila blk umh,xleh nk kaco boboy lg..xbleh nk belai boboy lg..xleh nk ngadu kat boboy lg..huhuhuhuhu boboy 2 pendengar yg baik wlaupun seekor kucing..rindu sgt2 kat boboy..huhhhuhuhu xnk la cite pasal boboy sedih..kang nagis lak..huhuhuhu whatever pun i miss boboy..
Posted by iela' at 9:16 AM 0 comments
Monday, August 31, 2009
Merdeka..merdeka..merdeka...
Salam Kemerdekaan ke-52
Alhamdulillah kita masih lagi bernafas dibumi yg tercinta ini..Genablah 52 tahun negara Malaysia bebas daripada penjajah, kita bebas bersuara, bebas membentuk dan memerintah negara kita mengikut undang2 yg ditetapkan namun adakah kita sebagai rakyat Malaysia telah memerdekaan jiwa n diri kita sendiri?? Menjelang detik2 kemerdekaan berjuta rakyat malaysia melaungkan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!menandakan negara kita telah mencapai kemerdekaan. Namun jangan pula dilupakan kepada pejuang2 yang telah berkorban dan berjasa kepada negara..tanpa pejuang2 tersebut tidak mungkin kita mencapai dan menikmati kemerdekaan ini. Sama2 lah kita membaca surah Al-Fatihah kepada pejuang2 negara yang telah terkorban dalam mendapatkan kemerdekaan negara ini..Selamat menyambut kemerdekaan ke-52 kepada semua teman2 dan rakyat Malaysia...1 Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.
Posted by iela' at 8:18 PM 0 comments
Wednesday, August 26, 2009
Erti Ramadhan bagiku....
Ramadhan pada aku..
1. Dalam bulan ramadhan aku lebih banyak bermuhasabah diri dari makan di siang hari.
2. Bulan tidak dibenarkan korek hidung..
3. Aku selalu tak dapat berbuka puasa bersama keluarga bila datang 1 ramadhan.. Selalunya kerana tak dapat cuti..termasukla 1 Ramadhan tahun ni
4. Bila ramadhan tiba aku selalu berazam untuk jimat duit supaya boleh beli bunga api n mercun..2 zaman kanak2 rebina la hehhehehe..
5. Bila dah abis duit beli mercun, datang bulan Syawal aku pun round la 1 kampung untuk pungut duit kembali hehhehehehe...
6. Bila dah kurus di bulan puasa, gemokkan kembali di bulan Syawal..huh..apekah kesyaitonan ini?!
7. Berbuka puasa dengan member atau berbuka dengan keluarga lagi best? Bagi aku kedua-dua ada kelebihan tersendiri..
Hakikat Ramadhan cukup besar bagi aku..tak perlu la aku bgtau satu persatu dari fadhilat berpuasa hinggalah kepada malam lailatul qadar..semuanya korang dah tahu kan.. selamat berpuasa ye kepada semua
P/s: Nape sambutan merdeka tahun ni tak meriah ye?
P/s: Apakata korang kasi pendapat pasal ramadhan korang lak..ok?
Posted by iela' at 12:31 AM 0 comments
Thursday, August 20, 2009
At Cameron highlands...
S.A.L.A.M
weehhoooo....hari tue iela berkesempatan pegi cameron highlands...iela pegi dgn kak jasz,kak zue n linda...bertolak pagi dalam kul 7..pas2 sampai sana dlm kul 10pg..smpai je kitaorg terus g survey hotel kat sana..hampir 1 jam juga la baru dpt wat pilihan..bknnye jauh pun hotel2 kat situ..tp nk cari yg paling best la konon..hehehhe lastly ktorg choose pilih Smokehouse hotel tp syg dh full..so pilihan ke2 hotel Casa De La Rosa..mmng best la hotel 2 hrga pun ok la...bilik tuk 3 org tapi ktorg hentam dok 4org..harga 1 hari RM493 termasuk bfast..pas check in je kitorg rest jap..kul 1 baru kuar cari kedai mkn..lapar sgt2 sbb masing2 tak bfast..hehehhe kitaorg mkn dkt tanah rata town..bleh tahan la sedap..lpas je knyang mula g jln2..fist place yg kitorg pegi healty stawbery farm..teruja gak la tgk stwbery ktorg beli la 1 kotak utk try...mmng manis n lazat...k la tgk jela gmbr2 kat bawah ni...hehehhehe
Ni la Hotel Casa De La Rosa
Ni kat Big Red Stawbery farm..nyum2 lazat stawbery nie...
2 jew gmbr yg smpat iela upload..sebenarnya banyk hehehhehe..iela brtolak balik hari ahad malam..perjalanan balik mmng seram..gelap sangat pas2 xde lampu,maklum la atas bukit kan..nextime kalu pegi lg xnak balik malam dah..huhuhuhu takootttt
Posted by iela' at 2:58 PM 0 comments