THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, April 22, 2009

Antara Suka dan Cinta


Antara Suka dan Cinta...

Bila engkau berhadapan dengan insan yang dicintai,
Musim sentiasa menjadi musim bunga.
Bila engkau berhadapan dengan insan yang disukai,
Musim hanya menjadi musim berangin sahaja.

Bila engkau berhadapan dengan insan yang dicintai,
Jantungmu tiba-tiba berdegup lebih cepat.
Bila engkau berhadapan dengan insan yang disukai,
Engkau hanya terasa tenang dan gembira.

Apabila kau memandang ke dalam mata insan yang dicintai,
Matamu berkaca-kaca seolah memberi seribu makna.
Apabila kau memandang ke dalam mata insan yang disukai,
Engkau hanya memberi seukir senyuman.

Bila engkau berhadapan dengan insan yang dicintai,
Kata-kata yang terkuar dari bibirmu lahir dari hati yang tulus.
Bila engkau berhadapan dengan insan yang disukai,
Kata-kata yang lahir hanya dari pemikiran sahaja.

Jika insan yang kau cintai sedang menangis dan berduka,
Engkau jua turut menangis malah cuba untuk memikul segala kedukaan itu.
Jika insan yang kau sukai sedang menangis dan berduka,
Engkau akan berusaha untuk menghiburkan hatinya.

Namun diantara suka dan cinta....ada satu perasaan yang lebih bermakna iaitu SAYANG...
Satu perasaan yang tidak mudah hilang sepantas rasa cinta...rasa yang tidak mudah berubah seperti rasa suka. SAYANG satu perasaan yang dapat membuat engkau berkorban untuk insan yang engkau sayangi. Cinta hanya ingin memiliki tetapi perasaan sayang pula hanya ingin melihat orang yang disayangi berbahagia walaupun seseorang itu terpaksa kehilangannya.

0 comments: